Jom Membaca Post2 lain

Monday 5 September 2011

QPR nak beli David Beckham


PEMILIK baru QPR, Tan Sri Tony Fernandes sedang merancang untuk membeli bekas kapten England, David Beckham.

Hartawan Air Asia itu yakin kehadiran Beckham ke Loftus Road sejurus tamat musim Liga MLS bersama LA Galaxy mampu membantu pemain veteran itu mengintai tempat beraksi pada Sukan Olimpik 2012 di London.


Fernandes sedia menjanjikan tempat dalam kesebelasan utama QPR kepada Beckham.
Beckham, 36, sebelum ini mendedahkan bahawa beliau berminat untuk dipilih antara tiga pemain lebih umur skuad Britain bagi beraksi di Sukan Olimpik tersebut.
Biarpun sedar kos untuk membawa masuk Beckham ke QPR pasti tinggi, Fernandes yakin penjualan jersi dan barangan cenderamata itu bakal mampu menampungnya.




0 comments:

Post a Comment