Mlm nanti Malaysia akan bertemu Singapore dalam kelayakan Piala Dunia...
Pusingan kedua (1st leg):
Malaysia vs Singapore
Stadium Jalan Besar, Singapore
23/7/2011(Sabtu) jam 7:30 malam
Siapakah yang akan menang??
Reaksi Coach Malaysia Rajagopal yg dipetik dri B.Harian
WALAUPUN Taiwan yang dikecewakan melabelkan Singapura lebih mantap, Datuk K Rajagobal sedikit pun tidak terganggu dengan kenyataan sinis itu menjelang pertembungan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar.
Ketua jurulatih itu yang selamat tiba bersama skuad Harimau Malaya di Singapura semalam, bingkas menegaskan dia lebih mengenali dan mengetahui keupayaan barisannya berbanding orang lain.
“Biarlah apa orang lain hendak kata, saya tidak peduli. Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing. Lagipun, saya lebih kenal dan mengetahui keupayaan pemain saya,” katanya.
Singapura mendapat bye pada pusingan pertama tetapi Malaysia menyingkirkan Taiwan dengan peraturan gol di tempat lawan selepas terikat 4-4.
Rajagobal menegaskan, seperti Singapura, barisannya yang diketuai Safiq Rahim juga memburu kemenangan bagi memudahkan pasukan menghadapi perlawanan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis nanti. “Ketiadaan Norshahrul (Idlan Talaha) yang cedera bukan masalah kerana falsafah saya ialah semua pemain penting dalam pasukan. Saya yakin mereka sudah bersedia dan tidak sabar untuk beraksi,” katanya.
0 comments:
Post a Comment