Jom Membaca Post2 lain

Sunday 24 July 2011

Monster vol 1.

Hari ini kita akan tengok binatang2 yang dikatakan wujud tetapi masih belum dijumpai.Terdapat banyak binatang yang masih disiasat kewujudanya jadi tajuk ini akan terbahagi kepada beberapa vol.





Bigfoot.Sebut ja namanya dan pasti korang akan mempunyai gambaran yang sama seperti di atas.Gambar ini berasal dari rakaman yang dikatakan adalah bigfoot sebenar yang dirakam secara x sengaja.Sampai sekarang rakaman tersebut masih dipertikaikan.Salah satu sebabnya adalah orang yang merakam ini berasal dari hollywood dan dikatakan sedang bersedia untuk membuat filem.Mengikut Cryptozoology bigfoot hanya terdapat di Amerika.So ada sekali yang ditangkap di Malaysia tu aku pun tak tahu la benda pa~.



AMARAN gambar diatas bukanya pokemon atau toyol versi alien!!.Ia adalah sesuatu makhluk yang bernama chupacabra.Nak tau dak maksud chupacabra?kalau tak mau pun aku nak cerita gak~.chupa bermakna "untuk menghisap" dan cabra adalah "kambing".So aku rasa korang mesti boleh tahu dia suka makan apa dah kan?Binatang ini dijumpai di US,Mexico dan Puerto Rico.Salah satu cara untuk mengenal pasti jika kambing anda telah diserang chupacabra adalah tiada darah di dalam badanya dan mempunyai 2 lubang taring.




Buaya longkang(Direct translation hahaha).Anyway terdapat satu sebab binatang ini boleh wujud.Ini kerana pada zaman 1920 golongan mat salleh suka menjaga alligator sebagai binatang peliharaan.Tetapi apabila ia semakin membesar kebayakkan orang tidak dapat menjaganya lagi.So mereka flush dalam toilet dengan harapan alligator tu akan ikut arus dan ke habitat sebenar mereka(atau saja nak lepas tangan).Tetapi jangan risau amalan itu tidak diamalakan di Malaysia so anda boleh buat "melabur" dengan selamat.



Yeti AKA the Abominable Snowman  sama seperti bigfoot.Bezanya adalah tempat tinggal iaitu dia pergunungan himalaya,india dan tibet.Kebanyakan orang barat menjumpai kesan tapak kaki yang tidak dapat dijelaskan sewaktu mendaki di salah satu pergunungan di sana.Pada awalnya yeti ini dianggap sebagai legeng tetapi kewujudanya masih menjadi misteri sehingga kini.


Ok setakat ni sahaja untuk vol ini,Korang percaya tak kewujudan binatang2 ini?Apa2 pun beribu orang telah melaporkan tentang penglihatan binatang2 ini.Dan sewaktu dahulu Orangutan dan Gorila juga termasuk dalam kumpulan binatang2 ini sebelum kewujudan mereka dibuktikan. :D

0 comments:

Post a Comment