Jom Membaca Post2 lain

Saturday 23 July 2011

G.I Joe 2, Transformers 4 Dalam Pembikinan

Setelah industri perfileman dunia menyepikan diri mereka buat beberapa ketika, akhirnya kita didedahkan dengan pengumuman kemunculan filem-filem terbaru yang akan menggegarkan panggung wayang di seluruh dunia.. Filem-filem ini dikatakan mempunyai tema yang tersendiri yang bakal menarik perhatian para penonton sekalian... Oleh itu, janganlah anda semua susah hati yep...~! Penantian anda akan berakhir x lama lagi.. :D
Berikut merupakan antara 2 filem terbaru yang dijangka akan menjadi hitzzz pada tahun hadapan..


G.I. Joe 2

G.I. Joe 2 : Cobra Strikes





 Seiring dengan kejayaan filem sekuel pertamanya bertajuk G.I Joe : The Rise Of Cobra, penggambaran G.I Joe terbaru akan bermula sekitar bulan Ogos 2011 dan dijangka siap setahun kemudian iaitu pada 10 Ogos 2012.. Antara barisan pelakon top yang akan membintangi filem ini ialah Ray Park (Snake Eyes), Lee Byung Hun (Storm Shadow), dan juga Channing Tatum (Duke)... Walau bagaimanapun, pengarahnya iaitu Jon Chu ( Juga pengarah bagi Justin Bieber : Never Say Never ) berkata bahawa beliau tidak bercadang untuk menghasilkan filem tersebut dalam bentuk 3D... Terdapat beberapa spekulasi yang
mengatakan produksi filem G.I Joe 2 kali ini akan lebih menjimatkan kos serta akan dilakukan di New Orleans berbanding New York pada tahun lepas kerana dapat mengurangkan kos produksi filem...
Filem ini juga akan diserikan dengan pelakon-pelakon baru serta watak-watak tambahan yang bakal menghiasi skrin cinema anda.. Jadi kepada peminat2 setia G.I Joe, Nantikan kemunculan filem ini di panggung wayang anda yang berhampiran tahun depan yep.. :D



Transformers 4


Walaupun tunjang utama filem2 Transformers yang lepas iaitu Michael Bay ( pengarah Transformers) dan Shia LaBeouf ( Sam Witwicky) dikatakan sudah menyelesaikan tugas mereka bagi siri-siri Transformers, sambungan kepada Transformers : Dark of The Moon tetap akan diteruskan bagi meneruskan legasi kejayaan filem high-tech nihh..
Ditanya mengenai pendekatan yang ingin dibawa bagi filem Transformers terbaru ini, Producernya Don Murphy menjelaskan ," Apa yang akan terjadi? Semestinya filem kali ni bukan reboot bagi siri2 yang terdahulu.. Robot2 nih bukannya membesar atau menjadi lebih mahal macam Tobby Maguire.. Saya tak tahu apa yang akan berlaku seterusnya bagi jalan cerita Transformers yang akan datang.. Saya yakin dan pasti akan ada trilogi kedua bagi filem Transformers..Saya juga yakin bahawa filem kali ini akan menjadi lebih gempak.. Dan saya juga yakin akan ada sesetengah pihak yang tidak menyukai filem ini kerana dalam Transformers 4, tak semuanya berkaitan dengan robot.."

Kita telah menyaksikan kehilangan seorang pelakon hot Transformers iaitu Megan Fox dalam The Dark Of The Moon, namun begitu kejayaan sekuel ini masih lagi memberangsangkan... Walau apapun yang akan berlaku, Autobots-Autobots akan tetap menjalankan misi mereka menyelamatkan Bumi dan juga bagi menaikkan nama Paramount Pictures..

Sekarang nih Transformers 4 hanya sedang menunggu masa untuk diberi greenlight dan sekiranya masih ada peluang, tanggungjawab mengarah filem Transformers 4 akan diberikan kepada Michael Bay.. Sekarang Paramount terpaksa mencari pengganti bagi Shia Labeouf bagi memegang watak utama dalam filem Transformers 4.. :D

0 comments:

Post a Comment