Jom Membaca Post2 lain

Thursday 28 July 2011

Oh Jimatnya~!! :D

Sebenarnya, dalam dunia ni kita x perlu bermewah-mewah dalam berbelanja demi menambat hati seseorang yang amat kita sayangi..Berikut merupakan antara cara-cara anda boleh menunjukkan rasa sayang anda kepada kekasih masing2 dengan cara yang paling jimat kos sekali...


1. Beli bunga- Pompuan amat sukakan lelaki yang memahami.. Daripada la anda beli barang mahal-mahal macam winyak wangi ke, baik anda beli sesuatu yang simple tetapi bermakna kepada wanita.. Contoh yang paling mantap ialah bunga.. Bukan sahaja menjimatkan kos, tetapi bunga juga dapat menyentuh hati para
gadis serta membuatkan diri anda kelihatan lovely..Sememangnya, wanita dan bunga tidak dapat dipisahkan, dan pemberian bunga sudah pasti dapat menyampaikan mesej tersembunyi anda kepada si dia iaitu " I love you.."


2. Masak sendiri- Biasanya, anda kalau nak pergi dating, anda akan ajak teman wanita anda pergi ke tempat makan yang mahal-mahal, mewah-mewah, walaupun duit anda tu tak lah banyak mana pun.. Entah-entah ibu bapa pun masih tanggung anda... Jadi cara yang terbaik ialah masak sendiri.~!! Bila anda masak, anda secara tidak langsung akan menunjukkan ke-kreatif-an anda.. Anda akan nampak independent dang macho gilerr.. Teman wanita pun mesti sangat-sangat sayangkan anda kalau anda pandai masak, sebab nanti anda boleh tolong masak untuk mereka bila anda dan pasangan anda sudah berkawin nanti... 


3. Movie.. Andai katalah ada movie baru keluar di panggung wayang, dan anda memang nak sangat-sangat tengok cerita tu.. Tapi pada masa yang sama, harga tiket mahal nak mampus dan teman wanita anda pun nak join juga.. Jangan risau... Anda tunggu sahaja beberapa minggu.>>buka Internet>>download movie tu>>Share ngan teman wanita anda>>Kalau kongsi tengok laptop sekali pun okay juga...Cara ini akan mengeratkan hubungan antara anda dengan pasangan anda kerana setiap perkara yang anda lakukan bersama-sama akan menambahkan rasa bahagia dalam diri anda...


4. Sekiranya anda ada temujanji, pilihlah tempat-tempat yang terdekat dengan anda supaya anda boleh jalan kaki sahaja pergi ke sana.. Tak payah susah-susah nak naik kereta lah, bawa motorsikal lah.. Penat tuu nak jemput teman wanita....Selain itu, anda juga dapat menyihatkan badan dengan berjalan kaki dan juga menunjukkan anda seorang yg sempoi saja....


5. Biarkan bateri telefon bimbit anda kering kontang.. Jadi setiap kali anda nak guna henset,  mesti bateri dah tahap-tahap cikaii punya.. bak kata orang "bateri dah kong".. Bila bateri handset habis, anda boleh bagi alasan kat teman wanita anda sebab apa anda jarang menelefon si dia... Cara ini sesuai sekali sekiranya anda ingin menjimatkan kredit handset anda dan jugak bil elektrik anda.. Lagipun, tariff elektrik sekarang dah naik.. Paham-paham saja lah... Relaxx.. Tean wanita anda takkan marah punya...


6. Kalau anda nak beli sangat-sangat hadiah yg best untuk teman wanita anda, belilah barang yang ada offer/diskaun/free gift sekali.. Benda-benda free tu boleh bagi mereka sebagai hadiah sampingan.. Bukannya apa.. Dah ada  offer depan mata.. Takkan nak membazir beli benda lain kot... Lagi satu anda boleh beli barangan keperluan di kedai-kedai yang terpilih...Anda boleh kumpul mata ganjaran dan tebus hadiah-hadiah yang menarik bila mata ganjaran anda dah banyak... Kemudian anda bagi saja lah hadiah tu kat teman wanita anda.... Jangan bagitau kata anda dapat percuma.. Cakap saja " Hadiah ini ikhlas daripada Abang"... 


7. Kalau anda beli surat khabar atau majalah ke, sediakan gunting di sebelah anda dan guntingkan voucher-voucher dan iklan-iklan yang terdapat dalam bahan bacaan anda.. Contohnya seperti voucher KFC... Lepas tu bila teman wanita anda minta belanjakan, anda boleh guna voucher-voucher tu.. Free-free ja dapat diskaun kann... 

Yang demikian merupakan teknik-teknik yang pernah admin dengar sebelum ini, dan harapan admin semoga post ini tidak menyinggung mana-mana pihak lah ya.. Walau apapun, pesanan admin ialah janganlah kedekut sangat berbelanja untuk orang tersayang.. Buatlah sesuatu dengan seikhlas hati anda... Terutama Anda Wahai Lelaki Sekalian..~! :D

0 comments:

Post a Comment